Sunday, December 30, 2012

MLM 2012 Minggu 7 - Jambu terbaik!

Salam jambu,

Minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega 2012 telah berlangsung. Seperti biasa, Pida tak ketinggalan menontonnya secara langsung di kaca tv.

Tema pada minggu ini ialah loghat/bahasa dan kembali ke sekolah. Maknanya setiap kumpulan kena buat dua persembahan.

Tetapi pada Pida, semua persembahan loghat yang dipersembahkan tak berapa lawak. Entahlah ek... Pida tunggu jugak bila masa Pida nak ketawa tapi serius memang tak kelakar sangat kecuali Saywho dan Shiro ok jugak. Jadi untuk persembahan pertama ni Pida rasa bosan. Tapi Pida terpikir jugak, adakah urat ketawa Pida dah putus?

Jozan yang memang dijangkakan lawak pun kurang ummpphh kali ni. Tapi oleh kerana kumpulan Jozan ni dah terlalu popular dan sudah berada pada kedudukan tersendiri, jadi apa yang dipersembahkan pun penonton seolah-olah wajib ketawa. Boboi dan Sabon tu memang tak lawak mana pun. Pada Pida la....


Pada Pida, persembahan loghat Jambu tak kelakar walaupun penonton ketawa terbahak-bahak. Adakah Pida sudah hilang nikmat ketawa?


Namun apabila masuk pusingan kedua iaitu tema kembali ke sekolah, Pida tak boleh tahan dengan lawak Jambu. Lawak diorang sempoi dan simple tapi sangat lawak.

Adegan panggil-memanggil yang berulang-ulang, diselang-selikan dengan watak Yus sebagai guru sains yang melalut tetapi sangat lawak dan akhirnya mereka bertukar peranan watak secara halus dan teratur, tetapi nampak natural; itulah kekuatan persembahan Jambu pada minggu ini. Sekali lagi, persembahan Jambu bukan sekadar kreatif, tetapi brilliant!


Walaupun diorang berlawak, tapi muka diorang maintain serius. Ini barulah lawak.

Yus sebagai cikgu sains memang lawak.

Tapi Pida hilang mood bila juri yang ditatang bagai minyak yang penuh dalam Maharaja Lawak Mega 2012 kali ini iaitu Lisa Surihani mengatakan dia 'confused' dengan persembahan Jambu walaupun pada mulanya dia memuji persembahan mereka sebagai lain daripada yang lain.

Apa nak confusenya Lisa? Itulah seni lawak kumpulan Jambu. Kalau kau menontonnya dengan ada perasaan sense of humor, kau takkan confused, Lisa. Penonton lain boleh ketawa, sebab mereka dapat rasakan ia lawak, tapi bagi Lisa, ia confused. Adoiiii Lisa. Don't take it too serious boleh tak? Lain kali bagi Najib Ali komen la. Nampak bijak sikit. Tengok macam minggu lepas Najib Ali komen Jambu misalnya, memang bernas dan tepat.

Kumpulan Shiro pun lawak jugak tetapi Jambu lebih lawak. Jozan... mmm gaya diorang tu la... dah tak ada yang baru dan istimewa dah. Betul kata Najib Ali, persembahan Jozan adalah persembahan yang lazim. Penonton menantikan sesuatu yang terkini dan lebih segar daripada Jozan. Mungkin Jozan rasa terlalu selesa kot.

Huh... memandai-mandai je aku komen. Macamlah aku ni juri. Tapi ini cuma pendapat Pida aje. Hihi...

2 comments:

  1. Setuju..Lisa Surihani..she not deserved to be a judge!

    ReplyDelete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...