Thursday, December 20, 2012

Calon boyfriend/tunang/laki yang patut dihindari

Salam calon,

Pida mempunyai ramai kawan, sedara mara malahan adik-adik Pida sendiri yang masih belum berkahwin. Pida maksudkan di sini yang perempuan. Ada tu umur dah lanjut (sorry adik-adik!), tapi sampai sekarang masih solo je. Ntah bilalah nak berduet pulak.

Takpe, jangan risau. Zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Zaman dulu kalau masuk 25 tak kahwin lagi memang confirm dah kena mandi bunga. Zaman sekarang ni umur 30-an ramai lagi yang belum berkahwin.

Trend berkahwin lambat dah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita hari ini. Anak dara yang masih belum berkahwin walaupun umurnya dah mencecah 30 tahun tidak lagi dianggap taboo seperti dulu. Bukan sebab tak nak kahwin, tapi mungkin sebab belum ada calon suami.

Lagi-lagi yang dah berkerjaya tetap dan stabil dari segi kewangan, mungkin ada yang berasakan tak kahwin pun tak apa, kalau aku kahwin belum tentu hidup aku sesenang sekarang, dah elok-elok diri ni bebas nanti ada kekangan pulak... dan macam-macam lagi alasan.

Tapi ramai jugak yang dah ada pakwe. Tinggal tunggu nak masuk minang je. Tapi kau yakin ke pakwe yang kau poja-poja sangat lubang hidungnya tu adalah calon yang selayak-layaknya untuk jadi menantu mak bapak kau?

Haa... inilah tujuannya Pida tulis entry ni. Pida nak bagi serba-sedikit panduan bagi gadis-gadis comel di luar sana, yang tak comel pun boleh join jugak, mengenali adakah pakwe kau tu boleh dijadikan laki atau patut dihindari?

1)   Kalau pakwe kau tu suami orang, sah-sahlah kau kena hindari. Seboleh-bolehnya mintalah pertolongan daripada Allah agar kau dan dia berpisah. Please la jangan kacau rumahtangga orang. Orang lelaki ni kadang-kadang sengaja buat cerita burukkan bini masing-masing, padahal nak ayat je tu. Kalau dah kuat sangat jodoh, itu ketentuan. Tapi fikirlah hati orang lain.

Saya laki orang.

Saya pun laki orang.

Saya pun...

2)   Kalau pakwe kau tu tak bekerja, lebih baik fikir dalam-dalam. Lelaki yang tidak bekerja adalah lelaki yang tak macho. Mana dia nak dapat duit untuk tanggung kau? Jangan sampai kau pulak tanggung dia.

3)   Kalau pakwe kau tu jenis playboy, janganlah fikir panjang. Hensem macam Shah Iskandar pun tapi kalau jenis suka pasang sparepart keliling pinggang, lebih baik kaupilih lelaki rupa macam penyanyi Hyper Act tapi setia pada kau sorang je.

4)   Kalau pakwe kau tu jenis yang tak berduit, kau pun tak seronok bila keluar dating kan? Makan minum kau pulak yang bayar. Tak macho la asyik girlfriend je yang taja. Nampak sangat pakwe kau tu tak berduit.

5)    Kalau pakwe kau tu tinggi ego, pun kau perlu hindari juga. Lelaki yang ego hanya akan menyakitkan hati dan perasaan terutama jika bergaduh atau bertengkar.

6)   Kalau pakwe kau tu panas baran, ini bahaya. Belum apa-apa dah dimaki hamunnya kau, lagi teruk kalau dia berani pukul atau belasah kau. Siapa dia nak maki hamun atau belasah kau? Mak bapak kau kalau diorang tau pasal ni tak ke hancur hati diorang? Orang macam ni tolonglah jangan percaya kalau dia kata dia akan berubah. Masa bercinta mungkin berubahlah juga, tapi bila dah kahwin nanti, dia pasti akan kembali ke tabiat lama. Kecuali kalau dia dah mendapat hidayah.

7)   Kalau pakwe kau jenis biar papa asal bergaya, ini pun patut kau fikir semula. Dah tau takde duit apa kejadah nak makan nasik arab tiap-tiap hari? Dah tau sengkek apa kebenda nak pakai iPhone 5? Lebih parah kalau dia dah start pinjam duit kau. Dan lebih parah kalau tak pasal-pasal kau pulak yang kena buat loan bank untuk puaskan kehendak material dia.

8)   Kalau pakwe kau jenis yang berat hati nak jumpa mak bapak dan keluarga kau, itu tandanya dia belum serius dengan kau. Nak buat apa buang masa lagi?

9)   Kalau pakwe kau tu jenis yang mulut terlalu manis, ini pun mesti ada udang di sebalik batu. Asyik puji kau memanjang, di matanya kaulah segalanya, dan kau pun cair. Hati-hati kau, kadang-kadang lelaki yang manis mulut ni sebenarnya dah ada bini atau makwe di seluruh negara.

10)   Akhir sekali, kalau pakwe kau tu jenis tak menjaga solat 5 waktu, inilah sebab utama kenapa kau harus mintak clash daripada dia. Orang yang tak bersolat bermakna dia tiada pegangan agama yang kukuh. Bila tiada pegangan agama yang kukuh, jiwa dan minda jadi rapuh. Lagipun mestilah kau mengimpikan sebuah keluarga islamik yang sejati kan?


Cinta sebelum kahwin tidak sama dengan cinta selepas kahwin. Kalau masa zaman pakwe-makwe kau dah bercinta sakan bagai nak rak, percayalah perasaan itu tak akan dapat kaurasai lagi selepas kau kahwin. Sebab segalanya telah kaulalui. Tiada yang istimewa dan surprise lagi.

Carilah lelaki yang menyayangi kita lebih daripada kita menyayangi dia. Tanda-tandanya jelas; dia amat sabar dengan perlakuan kasar kau, dia sentiasa bercakap lembut dengan kau walaupun kau berkasar dengan dia, dia tak abaikan kau walau sesibuk manapun dia, dia tidak memewahkan kau dengan wang ringgit tetapi dengan perhatiannya, dia yang memujuk walaupun kau yang memulakan persengketaan, dia yang bertanyakan makan minum kau walaupun kau telah memberi kata putus untuk berpisah dengannya, pendek kata hanya hati kau yang tahu bahawa dia amat menyayangi kau.

Kebahagiaan itu masih wujud di dunia ini. Berdoalah selalu supaya kebahagiaan akan selamanya menjadi milik kau bersama insan yang kaucintai.

Bukan untuk mencari insan yang sempurna, cukuplah jika dia tak ada salah satu perangai macam kat atas tu. Kredit untuk cikgu saya iaitu Cikgu Mat Som ;).
 
Cinta sejati dan ikhlas itu sememangnya indah.

♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥ ♥♥

Heeee... Pida bicara soal cinta!

ps: Manusia berubah.

11 comments:

  1. Puan Pida
    Susahnya nak cari yg perfect dan tidak mempunyai sifat2 buruk spt yg disenaraikan.

    Untuk mendapatkan yg mulia spt yg dicadangkan, kena buat soal selidik dari kampung ke kampung, dari kota ke kota. Tanya jiran-jirannya, kawan-kawannya, ketua kampungnya, majikannya bagaimana sifat lelaki pakwe anda itu, jangan main cinta sahaja, takut dia seorg yg kedekut, panas baran, tak solat, ego, dan 1001 lagi sifat buruk bakal suami anda.

    Eh...meleret pulak komen saya...ingatkan tadi saya tgh tulis entry kat blog sendiri...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Alamak, tak sampai maksud ke? Maksud saya kalau ada ciri-ciri di atas. Bukan nak yang sempurna.

    Hehe,.. tq cikgu. Itu cuma panduan aje untuk yang belum kahwin.

    ReplyDelete
  3. fewwiiittttttttttttttt kakak pida!

    ReplyDelete
  4. contoh lelaki rupa macam penyanyi Hyper Act tu memang lah tersangat tak boleh blah..he3...

    ReplyDelete
  5. Bagaimana pula lelaki nak cari makwe....tak de petua ke

    ReplyDelete
  6. Anonymous & Anonymous,

    Hehehe... dia hensem apa.

    Petua lelaki nak carik makwe eh? Nanti Pida tanya orang lelaki ye. Insya Allah.

    TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan cnggini r sy still tak kawen2 lg nih...hu3..cmner tu? ;)

      Delete
  7. Perempuan tahu mendesak je. Pikir lah ekonomi sekarang merosot naik cekik darah. Tak payah nak pilih calon muka and gaya retis kaya bagai. Tak semesti nye handsome or cantik tu dapat membahagia kan. Asal kan lelaki tu dapat bayar nafkah anak2 dan bertanggung jawab dalam rumah tangga. Besederhana alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. AnonymousJune 08, 2019

    Hampir keseluruhan perempuan berada di muka bumi ini akan masuk ke lembah neraka bak kat baginda Nabi jadi kayu pembakar api neraka. Susah saya nak cari jodoh perempuan yang masuk syurga sebab hampir semua dah confirm ke neraka. Nampak tak takde apa kelebohan pada wanita di dunia ini tapi seakan mereka kata mereka yang perfect hahaha, yang akan mengikut dajal nanti pun adalah golongan wanita dan kanak-kanak kecil. Rasulullah SAW juga memberitahu bahawa di akhir zaman nanti kaum wanita adalah yang paling ramai lari keluar mengikut dajjal. Nampak takde apa kelebihan pada wanita hakikatnya mereka lah dajal sebenar yang selama ini bertopengkan hanya merendahkan martabat lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko lahir dri mana?

      Nabi lahir dari mana?

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...