Wednesday, February 15, 2012

Krim kecantikan Garnier

*Update : Pida dah ada review terbaru ;)

Salam kecantikan,

Hai darling-darling semua! Tajuk entry kali ini ialah Krim Kecantikan Garnier. Ia adalah kesinambungan daripada entry sebelum ini.

2 minggu lepas masa waktu makan tengah hari Pida tak makan tengah hari. Pida gunakan bajet nasi campur lauk ayam masak merah tu untuk membeli sesuatu di farmasi Guardian. Nak tau apa yang Pida beli di sana?







Jeng jeng jeng! Pida beli pek promosi Garnier Light dan krim malam Garnier Age Lift. Eh, kenapa muka Lisa Surihani bercapok tu? Terlebih sapu Garnier ke? Oh tidak!






Selain itu, Pida juga membeli ini. Mesti kau selalu guna benda alah ni jugak kan? Bagi yang tak tau kegunaan pore pack ni, tujuannya adalah untuk menanggalkan sifat hidung belang pada hidung masing-masing.





Sekarang mari kita tengok apa yang ada kat dalam kotak promosi tu. Kot-kot dia ada tasbih ke...




Tadaa!! Inilah tiga isi rahsia dalam kotak promosi tersebut. Dengan harga RM19.90, Pida dapat krim kecantikan 50 ml, pencuci muka 50 ml dan sampel krim B.B 1 ml. Kau tau ke krim B.B tu apa? Bukan krim babi, tapi Blemish Balm. Biasanya krim B.B ni menawarkan faedah kecantikan banyak-dalam-1. Maksudnya, sekali sapu je muka kau dah jadi cantik macam muka pengantin.






Okeh, mari termakan dengan ulasan Pida tentang produk Garnier ni. (Pida buat review berdasarkan hasil ke atas kulit Pida dari jenis normal-kering). Pida buat review ni ikut kepala hotak Pida sendiri, tidak dipengaruhi oleh Lisa Surihani mahupun Yusry KRU.


Sebenarnya Pida beli krim Garnier Light ni untuk menggantikan krim lama yang dah nak habis. Macam ulasan Pida terdahulu, krim siang Garnier Light ini sangat bagus dan sesuai dengan kulit Pida. Ia ringan (sesuai dengan namanya Light) dan tidak berminyak.

Baunya wangi. Biasanya lepas pakai krim ni Pida terus tabur bedak baby ke atas muka. Tak main la B.B cream B.B cream ni. Lepas tuang bedak atas muka, sapu lebih kurang (kadang-kadang comot), Pida pun pakai tudung. Pastu calit gincu sikit, agak-agak bergetar kepala lutut ustat-ustat kat opis tu, Pida pun berenti calit gincu. Tapi sebelum tu Pida buat muncung-muncung kat depan cermin, alah macam nak comolot tu.

Sampai opis, opismate lelaki hidung belang tegur, "Hai Pida, cantik hari ni... merahnya mak ngah, macam zaman dulu!"

Huh, tak abis-abis nak ngorat Pida dengan tagline iklan BSN zaman Pida kecik-kecik dulu.

"Makaseh!!" jawab Pida laju tanpa memandang mukanya. Jual mahal.

Tak lama lepas tu opismate yang sama berteriak selepas Pida tinggalkan dia jauh-jauh.

"Pida! Hari ni memang tak pakai kain ke?"

Hah? Tak pakai kain? Pida tengok bawah. Pida nampak lutut dengan ibu jari kaki. Bobby! Gua tak pakai kain rupanya!



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::





Pida pernah beli B.B cream Garnier dulu tapi tak sesuai dengan kulit Pida. Nampak berbirat, lepas sapu bedak nampak macam muka pengantin terlebih solek oleh mak andam. Jadi Pida tak pakai lagi. Yang tu Pida bagi pada adik ipar Pida. Tengok muka dia macam ok je. Maknanya produk ni tak sesuai untuk Pida.   ps: B.B cream yang bagus ialah Maybelline Mineral. Muka jadi sekata je. Tapi Pida tak beli sebab Pida malas. Pida pakai bedak baby je.






Pencuci muka ni bagus juga. Tak mengeringkan muka. Pida tak kisah pakai cleanser apa-apa pun sebab fungsinya sama iaitu untuk membersihkan kulit muka daripada kekotoran. Pida selalu guna Biore. Sejak Pida darjah 6 dah guna Biore. Kadang-kadang Pida pakai sabun Popinjay je. No hal punya.









Kali ni Pida kembali semula memakai krim malam. Mula-mula ingat nak pakai range Garnier Light jugak, tapi Pida tak nak putihkan muka, Pida nak awet muda. Jadi Pida beli rangkaian Age Lift. Dulu Pida guna Age Lift ni sebelum beralih ke Light. Bagus krim ni. Harganya RM37.00. Bangun pagi muka nampak anjal gitu. Tapi tak sebagus Loreal Night Cream. Loreal Night Cream memang terbaik! (Masa tu takde Loreal, kalau tak memang Pida dah beli dah... Harga krim malam Loreal : RM45.00 ++)











Inilah regim penjagaan kulit wajah Pida. Membersih, sapu krim siang dan sapu krim malam. Eh, tapi aku tak pakai toner rupanya ek? Ah, malaslah.





Seminggu sekali Pida guna skrub, pakai masker dan gunakan pore pack untuk mengeluarkan blackheads. 

Sebulan sekali Pida buat facial. Pida pernah buat mikrodermabrasion, memang Pida sarankan sungguh pada kau sebab proses crystal peeling ini menanggalkan sel kulit yang mati secara selamat. Muka yang ada parut jerawat sangat sesuai untuk buat mikrodermabrasion ni.  

Pida pernah jugak buat laser facial Dr Azimuth, ok jugak. Kau cubalah.

Oh ya, Pida nak bagi satu tips sebelum buat facial. Agak-agak esok kau nak buat facial tu, malam tu kau buanglah blackhead kau tu dulu guna pore pack. Biore ok jugak, tapi kau jangan guna pore pack Guardian, memang macam haram kualitinya.

Sebab apa Pida suruh pakai pore pack sebelum buat facial? Sebab nanti semasa proses extraction tu takdelah kau terjerit-jerit kesakitan. Sebab kebanyakan blackhead kau dah tertanggal kat pore pack tu.

Kau ingat tak sakit ke masa minah beautician tu korek-korek blackhead kau? Kau tau tak masa dia tengah korek blackhead kau tu, mulut dia senget-senget macam dia geram sangat kat kau.

Oklah, itu je perkongsian Pida untuk kali ini. Pida ni bukannya apa, Pida memang agak beauty concious jugak la hal-hal kecantikan ni. Yang penting wajah kekal muda. Pida rasa seronok bila orang cakap umur Pida tak nampak macam 30 tahun. Sampai SU boss Pida tanya, "Akak ni dah kawin ke belum?"

Kau ingat tak ke pengsan aku dengar soalan tu? Sekali Pida cakap anak akak dah tiga dik oii... Dia kata ye ke? ingat belum kawin. Hoho... Pida tak kembang pun, Pida cool aje.

Hehehe... nak tau rahsia nampak muda? Bukan setakat pakai krim kecantikan Cik Kiah oii... ada satu petua yang Pida amalkan sejak Pida darjah 6 dulu.

Petuanya ialah, selepas membasuh muka, jangan lap muka kau tu. Biar dia kering sendiri. Sebab secara logiknya bila kau lap muka kau tu dengan tuala atau kain, maka perbuatan mengelap tu akan menyelerakkan sel-sel wajah dan kolagen kulit kau tu.

Lagi satu kau kena banyak makan buah dan sayur/ulam segar. Ini memang terbukti bai... Buah dan sayur mengandungi banyak vitamin dan bahan anti-oksida, itu semua penting untuk awet muda.

Lagi satu kau janganlah isap rokok. Isap lain takpe.

Sorrylah, Pida tak dapat nak tempelkan muka Pida kat blog ni sebab Pida malu. Dahlah tak cantik, banyak kedut kat mata pulak tu. Nanti kau ketawakan aku lagi. Cakap ye-ye or... tapi hasil muka nan ado! Alah, kaubayangkan aje la muka Fasha Sandha. Apa susah.

Nanti senang-senang Pida buat review benda lain pulak ye. (Ceh, cara cakap tu macam la pembaca blog ni ramai sangat sampai ribu riban).





9 comments:

  1. Hye pida, okey kalau kawan u nak order beg tu let me know ok.

    Btw, nice blog :)

    ReplyDelete
  2. dah 2 tahun jugak la pki garnier light tu~~

    hehe

    ReplyDelete
  3. Arianna, tq ;)

    Tasha, masti garnier light ni sesuai dengan kulit tasha. Mesti dah cantik macam lisa surihani ni ;)

    ReplyDelete
  4. Hehe,bru nk try..mintak2 ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana, krim ni ok sangat. Harap-harap ia sesuai dengan kulit Ana.

      Thanks ya ;)

      Delete
  5. Hai. . Oke ke pakai krim nie ta efect something ke? ? Riso jgk nk pakai sebenarnya takot sgt lau pakai nie ada efect? ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti, krim garnier ni sesuai sangat dengan kulit muka pida. Malah antara yang terbaik pernah dicuba ;)

      Delete

Oh, tak sangka ada yang sudi komen... terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...